Thursday, December 15, 2016

Kenapa Perlu Risau Sekiranya Anak Anda Tidak Menguasai Matapelajaran Darjah 6

Assalammualaikum

Selepas keluar keputusan UPSR 2016 yang lalu, bermacam- macam mesej viral agar ibu bapa tidak perlu risau sekiranya keputusan UPSR anak-anak tidak memberangsangkan.

Dari sebelah pihak anak anda, mereka memerlukan semangat dan sokongan agar anda tidak memandang rendah atas keputusan anak anda yang kurang sedap mata memandang itu.

Anak anda memerlukan anda untuk menyokongnya disetiap kejayaan dan kegagalan yang dilaluinya, bukan dicemuh kerana tidak mencapai kemahuan anda.

Namun, perlu anda ingat, UPSR itu bukan hanya sekadar peperiksaan kecil yang akan menentukan masa depan anak anda.

Sekiranya anak anda tidak mampu untuk menguasai topik di peringkat sekolah rendah, masalah yang lebih besar akan menanti di sekolah menengah.

Semasa di Tingkatan 1, guru-guru tidak akan mengajat anak anda bermula dari topik darjah 4,5 atau pun 6. Pelajar akan didedahkan dengan matematik yang baru, sains yang baru dan sejarah serta geografi.

Semakin banyak topik yang perlu dikuasai. Sekiranya asas anak anda semasa sekolah rendah agak kuat, maka subjuk yang seterusnya tidak akan menjadi masalah.

Namun sebaliknya, sekiranya topik sekolah rendah lemah, maka anak anda tidak akan dapat menguasai topik di tingkatan 1. Perkara ini akan berlarutan sehingga ke tingkatan 5.

Bila anak tidak dapat menguasai topik-topik ini, adakah anda akan menuding jari pada anak anda dan mengatakan dia b***h, kurang pandai dan sebagainya? Atau adakah anda menyalahkan pihak yang menunjuk ajar? Atau adakah anda mampu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu memberikan 100% bantuan untuk mereka dalam menguasai topik yang diperlukan???

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment