4 Sebab Utama Anak Tidak Boleh Dapat Keputusan Memuaskan Dalam Peperiksaan
Agak mengejutkan bila mana anak anda yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran tetapi bila tiba peperiksaan sebenar, keputusan agak mengecewakan. ini mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut.
1. Tidak Faham Kehendak Soalan
Apabila anak anda tidak memahami kehendak soalan lazimnya, mereka akan menjawab dengan jawapan yang jauh menyimpang dari soalan sebenar. Ada pula kes yang mana pelajar memberikan jawapan yang berbentuk lucu. Jangan lupa pelajar yang melukis pada kertas jawapan.
2. Tidak Merangka Jawapan.
Perkara ini sering berlaku pada pelajar yang menjawab soalan berbentuk esei atau karangan. tidak merangka jawapan hanya akan menjerumuskan anak anda kepada kesilapan yang jauh lebih dahsyat. Merangka jawapan adalah untuk memastikan anak anda sentiasa berada dalam lingkungan jawapan berpandukan soalan. kita pernah baca bukan karangan pelajar yang melibatkan Ultraman dan sebagainya?? Penceritaan yang baik namun, jauh menyimpang dari logik akal.
3. Tidak Mahir Berbahasa.
Memahirkan diri dalam Penggunaan ayat/perkataan/bahasa yang betul juga perlu untuk menjawab soalan. Dalam Bahasa Malaysia, tida boleh ada salah ejaan, bahkan kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil juga amat diambilberat. Begitu juga dengan subjek lain, dalam subjek sains tulen, penggunaan bahasa yang bercampur juga tidak digalakkan, malah kalau boleh perlu dielakkan. Baru-baru ini, terbaca info tentang matapelajaran yang sains tulen, yang mana dikatakan penggunaan huruf/perkataan yang salah terhadap frasa yang digunakan bolej menjejaskan pemarkahan pelajar, begitu juga dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Gunakan satu bahasa sahaja ketika menjawab soalan.
4. Kurang membuat latihan
Semakin kurang membuat latihan semakin sukarlah situasi anak anda menjawab soalan. Soalan peperiksaan yang berubah-ubah memerlukan anak anda untuk memahirkan setiap subtopik, dan ini merupakan dugaan terbesar bagi mereka. Tetapi sekiranya anak anda telah mahir menjawab soalan, ubahlah soalan macam mana pun, mereka akan mampu menjawab dengan cemerlang.
Pelbagai lagi faktor mengapa anak anda boleh mendapat keputusan yang tidak memuaskan/gagal dalam peperiksaan. Setakat ini, cuba kenalpasti, dimana masalah anak anda???!!!
No comments:
Post a Comment