Saturday, December 17, 2016
4 Sebab Utama Anak Tidak Boleh Dapat Keputusan Memuaskan Dalam Peperiksaan
Agak mengejutkan bila mana anak anda yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran tetapi bila tiba peperiksaan sebenar, keputusan agak mengecewakan. ini mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut.
1. Tidak Faham Kehendak Soalan
Apabila anak anda tidak memahami kehendak soalan lazimnya, mereka akan menjawab dengan jawapan yang jauh menyimpang dari soalan sebenar. Ada pula kes yang mana pelajar memberikan jawapan yang berbentuk lucu. Jangan lupa pelajar yang melukis pada kertas jawapan.
2. Tidak Merangka Jawapan.
Perkara ini sering berlaku pada pelajar yang menjawab soalan berbentuk esei atau karangan. tidak merangka jawapan hanya akan menjerumuskan anak anda kepada kesilapan yang jauh lebih dahsyat. Merangka jawapan adalah untuk memastikan anak anda sentiasa berada dalam lingkungan jawapan berpandukan soalan. kita pernah baca bukan karangan pelajar yang melibatkan Ultraman dan sebagainya?? Penceritaan yang baik namun, jauh menyimpang dari logik akal.
3. Tidak Mahir Berbahasa.
Memahirkan diri dalam Penggunaan ayat/perkataan/bahasa yang betul juga perlu untuk menjawab soalan. Dalam Bahasa Malaysia, tida boleh ada salah ejaan, bahkan kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil juga amat diambilberat. Begitu juga dengan subjek lain, dalam subjek sains tulen, penggunaan bahasa yang bercampur juga tidak digalakkan, malah kalau boleh perlu dielakkan. Baru-baru ini, terbaca info tentang matapelajaran yang sains tulen, yang mana dikatakan penggunaan huruf/perkataan yang salah terhadap frasa yang digunakan bolej menjejaskan pemarkahan pelajar, begitu juga dengan penggunaan bahasa yang bercampur aduk. Gunakan satu bahasa sahaja ketika menjawab soalan.
4. Kurang membuat latihan
Semakin kurang membuat latihan semakin sukarlah situasi anak anda menjawab soalan. Soalan peperiksaan yang berubah-ubah memerlukan anak anda untuk memahirkan setiap subtopik, dan ini merupakan dugaan terbesar bagi mereka. Tetapi sekiranya anak anda telah mahir menjawab soalan, ubahlah soalan macam mana pun, mereka akan mampu menjawab dengan cemerlang.
Pelbagai lagi faktor mengapa anak anda boleh mendapat keputusan yang tidak memuaskan/gagal dalam peperiksaan. Setakat ini, cuba kenalpasti, dimana masalah anak anda???!!!
Thursday, December 15, 2016
Kenapa Perlu Risau Sekiranya Anak Anda Tidak Menguasai Matapelajaran Darjah 6
Assalammualaikum
Selepas keluar keputusan UPSR 2016 yang lalu, bermacam- macam mesej viral agar ibu bapa tidak perlu risau sekiranya keputusan UPSR anak-anak tidak memberangsangkan.
Dari sebelah pihak anak anda, mereka memerlukan semangat dan sokongan agar anda tidak memandang rendah atas keputusan anak anda yang kurang sedap mata memandang itu.
Anak anda memerlukan anda untuk menyokongnya disetiap kejayaan dan kegagalan yang dilaluinya, bukan dicemuh kerana tidak mencapai kemahuan anda.
Namun, perlu anda ingat, UPSR itu bukan hanya sekadar peperiksaan kecil yang akan menentukan masa depan anak anda.
Sekiranya anak anda tidak mampu untuk menguasai topik di peringkat sekolah rendah, masalah yang lebih besar akan menanti di sekolah menengah.
Semasa di Tingkatan 1, guru-guru tidak akan mengajat anak anda bermula dari topik darjah 4,5 atau pun 6. Pelajar akan didedahkan dengan matematik yang baru, sains yang baru dan sejarah serta geografi.
Semakin banyak topik yang perlu dikuasai. Sekiranya asas anak anda semasa sekolah rendah agak kuat, maka subjuk yang seterusnya tidak akan menjadi masalah.
Namun sebaliknya, sekiranya topik sekolah rendah lemah, maka anak anda tidak akan dapat menguasai topik di tingkatan 1. Perkara ini akan berlarutan sehingga ke tingkatan 5.
Bila anak tidak dapat menguasai topik-topik ini, adakah anda akan menuding jari pada anak anda dan mengatakan dia b***h, kurang pandai dan sebagainya? Atau adakah anda menyalahkan pihak yang menunjuk ajar? Atau adakah anda mampu menyalahkan diri sendiri kerana tidak membantu memberikan 100% bantuan untuk mereka dalam menguasai topik yang diperlukan???
Fikir-fikirkan...
Tuesday, November 8, 2016
7 Tip Memilih Pusat Tuisyen Untuk Anak
3. Keperluan Subjek
Ada pelbagai pakej dan subjek yang ditawarkan di pusat tuisyen. Kenal pasti dimana kelemahan anak anda dan hanya ambil matapelajaran yang anak anda lemah sahaja. Jangan Terpengaruh dengan pakej yang tidak perlu. ini boleh menjimatkan masa anak anda, sekaligus menjimatkan duit anda.
![]() |
cari Pusat Tuisyen yang telah terbukti mempunyai Branding dan kredibiliti. pastikan juga pusat tuisyen tersebut mempunyai lesen yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia..
5. Kapasiti Kelas
Ada pusat Tuisyen yang menyediakan kelas yang kecil. kelas yang kecil membantu lebih dalam pemahaman anak anda. Ini kerana anak anda akan mendapat perhaitian yang diperlukan. guru-guru yang mengajar juga akan dapat memerhatikan pebelajaran anak anda dengan lebih baik.
6. Masa Bimbingan
Masa bimbingan atau masa pembelajaran juga perlu diberi perhatian supaya jadual yang dipilih tidak bertindan atau bertembung dengan aktiviti lain yang perlu dihadiri oleh anak anda. Sesetengah pusat tuisyen mengadakan kelasnya pada waktu petang yang kemungkinan besar bersamaan dengan jadual ko-kurikulum anak anda. Jadi perlu penelitian lebih terperinci di situ. Namun ada juga Pusat Tuisyen yang menyediakan kelas pada waktu malam
7.Budget ( Anggaran perbelanjaan)
Budget merupakan antara perkara penting yang perlu diambilkira sebelum anda memilih pusat tuisyen. Buat perbandingan dengan beberapa Pusat Tuisyen yang berhampiran. Bandingkan Pakej, Masa Belajar, Kos Pergi Balik anda dan sebagainya. Ini sekaligus dapat membantu merancang perbelanjaan dan penjimatan anda.
berikut merupakan 7 Tips yang perlu anda ambilkira sebelum menghantar anak anda ke Pusat Tuisyen. Ini merupakan Tips yang boleh dikongsikan secara Am. Walaubagaimanapun, Tips memilih Pusat Tuisyen ini mungkin berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Namun yang pasti ini merupakan pengorbanan ibubapa untuk melihat anak-anaknya berjaya
Untuk Keterangan lanjut Sila Klik Disini
![]() |
Tuisyen Kota Kinabalu |