Tuesday, January 3, 2017

Otak Kiri Dan Kanan

Otak Kiri Otak Kanan

Otak Manusia terdiri daripada otak kiri dan otak kanan. Kedua-duanya mempunyai fungsi dan kelebihan yang tersendiri. Biasanya manusia akan mendominasi salah satu dari bahagian otak, namun masih ada juga yang mendominasi kedua-duanya.

Otak sebelah kiri melibatkan nombor, kira-kira, logik, puzzle, dan penganalisaan.  Oleh itu, orang yang mempunyai otak dominan sebelah kiri akan mampu menguasai perkara berkaitan dengan matematik lebih mudah.

Otak kanan pula melibatkan muzik, kreativiti, imaginasi, dan warna.  Biasanya orang yang mempunyai otak kanan lebih kreatif dan berbakat seni.

Perihal otak kiri dan kanan ini merupakan fakta, tapi ia bukan lah bersifat tetap dan kekal.Ini bermaksud, orang yang mempunyai otak dominan kanan juga sebenarnya mampu untuk menguasai kemahiran matematik, sama seperti orang yang mempunyai otak dominan kiri mampu untuk menulis puisi.

Ada juga manusia yang dikurniakan otak dominan pada kedua-dua bahagian dan sekaligus menjadikan orang itu mampu menguasai kemahiran pada otak kiri dan otak kanan.  Orang yang boleh menggunakan kedua-dua bahagian otak ini biasanya akan menjadi seorang yang pandai dan bijak dalam pelbagai perkara.

Maksudnya, sekiranya kita merupakan orang yang mempunyai kecenderungan yang melibatkan nombor, kita boleh mengaktifkan otak kanan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan imaginasi, seperti melukis, mewarna dan apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan kreativiti.

Perlu diingat, ketika ini kita masih kekal dominan dengan otak kiri, namun dalam masa yang sama kita mengaktifkan kemahiran atau keupayaan otak kanan kita. Sekiranya kita terus melatih otak kita sedemikian, maka lambat laun kita pun akan termasuk dalam golongan bijak (Genius)

Salah satu cara untuk mengaktifkan kedua-dua belah otak adalah dengan menggunakan kedua-dua belah anggota badan kita.  Memang hal ini ada kaitannya kerana otak kiri akan mengawal anggota badan sebelah kanan manakala otak kanan akan mengawal anggota badan sebelah kiri.  Dengan melakukan perkara-perkara yang melibatkan kedua-dua belah anggota badan, maka secara tidak langsung kita merangsang kedua-dua belah otak kita.



Amat jarang sekali kita bertemu dengan orang yang mahir menggunakan kedua-dua tangan kanan dan kiri untuk melakukan kerja. Namun mereka yang mampu melakukannya sebenarnya telah mengaktifkan kedua-dua bahagian otak mereka, dan sekiranya diberikan rangsangan orang-orang begini akan mampu mengatasi keterbatasan penggunaan otak mereka.

Orang yang bersukan sebenarnya juga telah mengaktifkan kedua-dua belah otak.  Semasa kita bersukan dan bergerak aktif, kita telah menggunakan kedua-dua belah bahagian badan dengan lebih.  Pada ketika ini, kita telah berjaya merangsang aktiviti kedua-dua belah otak kita.

Jika kita mahu menjadi orang yang unggul dan hebat, maka salah satu perkara yang perlu kita lakukan adalah dengan mengaktifkan kedua-dua belah otak.  Jadi, apa kata mulai hari ini kita cuba lakukan perkara-perkara yang melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan, atau gunakan secara berselang seli contohnya semasa menyapu sampah atau mengelap tingkap.  Pasti bila kita berjaya mengaktifkan kedua-dua belah otak kita, sesuatu keistimewaan akan muncul dalam cara kita berfikir dan bertindak.

Jom Cuba Test ini, untuk mengetahui adakah anda seorang yang dominan otak kanan atau kiri

http://braintest.sommer-sommer.com/en/